Sunday, 21 February 2016

Bisnes Travel Agensi

Macam mana nak buat duit dengan travel agency. Travel agency semakin banyak dan penuh dengan cabaran. Pada tahun 2015 bilangan syarikat travel agent yang berdaftar adalah lebih daripada 8000 buah. Jenis-jenis bisnes yang boleh dibuat dengan membuka Travel Agency mengikut jenis lesen:-

LESEN INBOUND / PELANCONGAN DALAM NEGARA.

1. Pakej Dalam Negara
Syarikat boleh menjual pakej dalam negara seperti melawat tempat-tempat menarik di dalam negara termasuk KLCC, Dataran Merdeka dan sebagainya. Syarikat juga boleh jual pakej Golf, pakej memancing, pakej adventure dan juga kulinari di Malaysia.

2. Kereta Sewa
Kereta sewa adalah salah satu cabang bisnes travel agent. Lesen Inbound boleh digunakan untuk memohon bisnes kereta sewa. Pastikan syarikat berdaftar dengan Car Rental Association Malaysia (CRAM) untuk buat bisnes kereta sewa. Cabaran - insurance yang tinggi dan risiko kehilangan kereta atau kecurian.

3. Bas Persiaran
Terdapat syarikat travel agent yang tidak buat pakej pelancongan tetapi aktif sebagai pengusaha Bas Pelancongan. Lesen Inbound membolehkan syarikat travel agent untuk mendapatkan lesen bas persiaran dengan SPAD. Modal jangan bimbang SME bank boleh bagi pinjaman 100%. Tak perlu keluar modal untuk beli bas. Pada tahun 2015 SPAD telah menghadkan kelulusan bas persiaran dengan alasan "perkhidmatan melebihi permintaan".

4. Jualan Bilik Hotel
Pihak hotel ada memberikan harga contract kepada travel agent. Harga contract adalah lebih murah dari harga yang dipamerkan di laman web hotel berkenaan. Syarikat memperolehi keuntungan dari perbezaan harga yang diberikan dengan harga jualan.

5.Medical Tourism
Pelancongan Perubatan adalah sesuatu yang baru. Di Malaysia dianggarkan lebih 800,000 pelancong perubatan datang ke malaysia setiap tahun untuk berubat. Sebahagian besar adalah dari Indonesia. Syarikat travel agent perlu mendapat harga dari pihak hospital/pusat perubatan dan komisen diambil dari pihak hospital/pusat perubatan atau boleh menaikkan harga untuk mendapatkan keuntungan bagi pihak syarikat. Medical tourism adalah serampang dua mata. Pelancong selalunya juga meminta syarikat menyediakan hotel dan transport selama mereka berada di Malaysia.

6.Meeting Incentive Convention Exhibition (M.I.C.E)
Pakej ini merujuk kepada sesuatu acara yang dirangcang dengan teliti untuk sesebuah organisasi atau institusi. Selalunya melibatkan bilangan orang atau peserta yang ramai. Syarikat travel agent akan mengenakan bayaran berdasarkan jenis acara dan jumlah peserta yang terlibat.


LESEN OUTBOUND / PELANCONGAN LUAR NEGARA

1.Pakej Luar Negara
Terdapat banyak destinasi pelancongan menarik di luar negara yang boleh dilawati. Negara jiran selalunya menjadi keutamaan pelancong ke luar negara. Harga untuk ke negara jiran adalah jauh lebih murah daripada pakej ke negara lain.

2.Pakej Umrah/Pilgrimage
Pakej Umrah antara pendapatan utama agency pelancongan Bumiputera untuk pakej Luar Negara. Juga terdapat pakej Pilgrimage untuk agama kristian ke jordan dan israel.

3.Jualan Bilik Hotel
Disamping syarikat atau laman web popular yang menjual bilik hotel seperti agoda dan booking.com syarikat agency pelancongan juga boleh menjual bilik hotel kepada pelanggan. Harga tak jauh beza. Selalunya syarikat akan dilawati oleh syarikat/pengusaha yang menjual bilik hotel harga "istimewa". Istimewa kerana mereka hanya jual kepada agency pelancongan berdaftar dengan harga yang murah. Syarikat boleh jual dulu bilik hotel dan bayar kemudian.

4.Visa Pelancongan
Syarikat boleh menyediakan perkhidmatan menguruskan visa pelancongan seperti ke China, India dan lain-lain termasuk visa Umrah. Kos adalah bergantung kepada budi bicara syarikat.

5.Meeting Incentive Convention Exhibition (M.I.C.E)
Sama seperti diatas cuma lokasi adalah diluar negara.


LESEN AGEN PENGEMBARAAN

1.Tiket Pesawat
Penjualan tiket penerbangan adalah pendapatan utama bagi pemegang lesen Agen Pengembaraan syarikat travel agency. Travel agent dibenarkan menjual mana-mana tiket penerbangan yang berdaftar dengan sistem GDS yang mereka pilih. Kelebihan travel agent adalah mereka boleh mencari harga tiket yang murah dalam sekelip mata. Tak perlu menyemak harga di setiap airline yang ada. Harga tiket hanya perlu dibayar kepada airline seminggu selepas issue tiket.

2.Tiket Bas/Bot
Tidak banyak syarikat pelancongan yang menjual tiket bas express atau bot kecuali yang beribupejabat di stesen bas atau pengkalan bot. Kurang diminati namun masih berbaloi. 

3.Tiket Cruise/Pelayaran
Tiket cruise selalunya merujuk kepada star cruise. Tiket cruise kebanyakan dijual kepada orang bukan islam. Orang islam jarang menaiki cruise. Ramai yang bertanya tapi jarang yang ambil. Komisen akan dibayar oleh syarikat cruise kepada travel agent. Harga tiket adalah sama seperti yang dipamerkan di laman web cruise.

4.Visa Pelancongan
Dibawah agen pengembaraan travel agent boleh jual visa Australia (ETA). Proses permohonan adalah cepat dan kos adalah minina.

5.Waran Perjalanan Udara Awam (WPUA)
Waran udara adalah tiket penerbangan bagi kakitangan awam untuk urusan rasmi kerajaan. Perlu ada IATA dan mempunyai tiket stock dengan airline untuk buat bisnes ini.

Senarai diatas adalah jenis bisnes yang boleh dibuat dengan lesen yang diperolehi daripada kementerian pelancongan. Untuk menjayakanya perlu marketing strategy yang betul. Semoga berjaya.

Mohd Zailani
Jomkembara Travel & Tours Sdn Bhd
013-2207999

No comments:

Post a Comment