Wednesday, 16 August 2017

Visa Australia Application

Australia merupakan sebuah negara yang popular dikalangan pelancong malaysia. Untuk masuk ke Negara Australia kita mesti ada Visa melancong.

APA DIA VISA
Visa adalah kdokumen perjalanan yang dikeluarkan oleh sesebuah negara yang memberi keizinan kepada bukan warganegara untuk melawat negara tersebut untuk tempoh waktu yang tertentu. Australia adalah sebuah negara yang mensyaratkan rakyat Malaysia hendaklah mempunyai visa terlebih dahulu sebelum dibenarkan melancong ke negara Australia.  

BAGAIMANA MEMOHON VISA AUSTRALIA

Cara Pertama
 
Permohonan visa ke Australia boleh dibuat secara online melalui https://www.eta.immi.gov.au/ETAS3/
Semasa di laman web di atas click Apply For ETA, Isi maklumat berkaitan dan seterusnya buat bayaran AUD20 lebih kurang RM68 untuk satu permohonan. Bayaran hendakalah dibuat dengan menggunakan kad kredit. Dalam masa beberapa minit sahaja permohonan anda telah selesai. 

Cara Kedua

Permohonan boleh dibuat melalui sistem ticketing. Saya ada sistem GDS yang boleh digunakan untuk memohon Visa Australia. Cepat dan mudah. Kos setiap permohonan adalah RM25 sahaja untuk visa melancong dan juga business ke Australia.
Anda hanya perlu whatsapp maklumat passport ke no 013-2207999 . Kelulusan segera. Bayaran hanya perlu dibuat bila telah lulus.

Pilihan ditangan anda.

Thursday, 19 May 2016

Lesen Tambah Cawangan

Sebuah Syarikat pelancongan berdaftar dibenarkan membuka cawangan. Bilangan atau jumlah cawangan yang boleh dibuka tidak dinyatakan. Boleh buka seberapa banyak pejabat cawangan yang sesuai.

CARA MOHON
Permohonan adalah senang dan murah sahaja. Pertama sekali data tentang pejabat cawangan hendaklah dimasukkan ke dalam sistem SPIP kementerian pelancongan. Mesti masukkan
1-Alamat cawangan (mesti kawasan komersil)
2-No telefon pejabat cawangan (kalau tak ade no HP pun bolehlah)
3-No fax pejabat cawangan (kalau tak ade jugak letak jer no fax HQ)
4-Luas pejabat cawangan (tak boleh kurang dari 150kps di kawasan komersil atau tiada luas di hentian bas); dan
5-Upload audit report/penyata kewangan (jangan upload audit report yang menunjukkan RUGI)

Selepas masukkan data hantar satu salinan Audit Report, Borang permohonan yang diakui sumpah dan bank draft RM50 ke Kementerian pelancongan negeri di mana HQ terletak. Kalau Pejabat cawangan di Kuala Lumpur dan Pejabat HQ terletak di selangor maka hantar borang permohonan ke Kementerian Pelancongan Selangor.

Kelulusan bersyarat akan dikeluarkan oleh Pejabat Pelancongan Putrajaya dalam tempoh sebulan.

Setelah dapat kelulusan bersyarat hantar dokumen berikut ke Pejabat Pelancongan Negeri
1-Lakaran Pelan lantai pejabat cawangan
2-Gambar dalam dan luar premis
3-Salinan audit report.

Kementerian Pelancongan Negeri akan mengarahkan Kementerian Pelancongan Negeri di mana Pejabat cawangan terletak untuk membuat pemeriksaan premis. Sekiranya HQ dan cawangan berlainan negeri mungkin ambik masa sebulan dua untuk lawatan premis.

Setelah lawatan/pemeriksaan premis dibuat oleh Kementerian Pelancongan Negeri dimana cawangan terletak mereka akan menghantar pengesahan kepada Kementerian Pelancongan dimana HQ terletak untuk diberikan lesen cawangan. Semasa hendak ambil lesen cawangan kena sediakan bank draft RM750 untuk lesen IOT selama 3 tahun. Bayaran tak sama bergantung atas jenis lesen syarikat.

MASA
Masa yang diambil untuk dapatkan lesen cawangan adalah antara 3-6 bulan bergantung keadaan.

JENIS LESEN
Jenis lesen adalah berkonsepkan "Bapak Borek Anak Rintik". Sekiranya HQ ada lesen penuh IOT maka cawangan juga akan ada lesen IOT. Sekiranya HQ hanya ada lesen Inbound maka cawangan juga akan hanya ada lesen Inbound.

KOS
Kos untuk mohon lesen cawangan adalah tidak lebih dari RM1000 termasuk minyak kereta dan bil telefon untuk follow up dengan Kementerian.

PERMOHONAN GAGAL/DITOLAK
Permohonan gagal boleh disebabkan audit report menunjukkan syarikat mengalami kerugian atau keluasan pejabat cawangan tidak mencukupi. Sekiranya tak cukup luas cari pejabat baru yang cukup luas. Sekiranya audit report menunjukkan rugi MASALAH BESAR. Pastikan untung jangan rugi.

Mohd Zailani
Jomkembara Travel & Tours Sdn Bhd
013-2207999

Sunday, 21 February 2016

Bisnes Travel Agensi

Macam mana nak buat duit dengan travel agency. Travel agency semakin banyak dan penuh dengan cabaran. Pada tahun 2015 bilangan syarikat travel agent yang berdaftar adalah lebih daripada 8000 buah. Jenis-jenis bisnes yang boleh dibuat dengan membuka Travel Agency mengikut jenis lesen:-

LESEN INBOUND / PELANCONGAN DALAM NEGARA.

1. Pakej Dalam Negara
Syarikat boleh menjual pakej dalam negara seperti melawat tempat-tempat menarik di dalam negara termasuk KLCC, Dataran Merdeka dan sebagainya. Syarikat juga boleh jual pakej Golf, pakej memancing, pakej adventure dan juga kulinari di Malaysia.

2. Kereta Sewa
Kereta sewa adalah salah satu cabang bisnes travel agent. Lesen Inbound boleh digunakan untuk memohon bisnes kereta sewa. Pastikan syarikat berdaftar dengan Car Rental Association Malaysia (CRAM) untuk buat bisnes kereta sewa. Cabaran - insurance yang tinggi dan risiko kehilangan kereta atau kecurian.

3. Bas Persiaran
Terdapat syarikat travel agent yang tidak buat pakej pelancongan tetapi aktif sebagai pengusaha Bas Pelancongan. Lesen Inbound membolehkan syarikat travel agent untuk mendapatkan lesen bas persiaran dengan SPAD. Modal jangan bimbang SME bank boleh bagi pinjaman 100%. Tak perlu keluar modal untuk beli bas. Pada tahun 2015 SPAD telah menghadkan kelulusan bas persiaran dengan alasan "perkhidmatan melebihi permintaan".

4. Jualan Bilik Hotel
Pihak hotel ada memberikan harga contract kepada travel agent. Harga contract adalah lebih murah dari harga yang dipamerkan di laman web hotel berkenaan. Syarikat memperolehi keuntungan dari perbezaan harga yang diberikan dengan harga jualan.

5.Medical Tourism
Pelancongan Perubatan adalah sesuatu yang baru. Di Malaysia dianggarkan lebih 800,000 pelancong perubatan datang ke malaysia setiap tahun untuk berubat. Sebahagian besar adalah dari Indonesia. Syarikat travel agent perlu mendapat harga dari pihak hospital/pusat perubatan dan komisen diambil dari pihak hospital/pusat perubatan atau boleh menaikkan harga untuk mendapatkan keuntungan bagi pihak syarikat. Medical tourism adalah serampang dua mata. Pelancong selalunya juga meminta syarikat menyediakan hotel dan transport selama mereka berada di Malaysia.

6.Meeting Incentive Convention Exhibition (M.I.C.E)
Pakej ini merujuk kepada sesuatu acara yang dirangcang dengan teliti untuk sesebuah organisasi atau institusi. Selalunya melibatkan bilangan orang atau peserta yang ramai. Syarikat travel agent akan mengenakan bayaran berdasarkan jenis acara dan jumlah peserta yang terlibat.


LESEN OUTBOUND / PELANCONGAN LUAR NEGARA

1.Pakej Luar Negara
Terdapat banyak destinasi pelancongan menarik di luar negara yang boleh dilawati. Negara jiran selalunya menjadi keutamaan pelancong ke luar negara. Harga untuk ke negara jiran adalah jauh lebih murah daripada pakej ke negara lain.

2.Pakej Umrah/Pilgrimage
Pakej Umrah antara pendapatan utama agency pelancongan Bumiputera untuk pakej Luar Negara. Juga terdapat pakej Pilgrimage untuk agama kristian ke jordan dan israel.

3.Jualan Bilik Hotel
Disamping syarikat atau laman web popular yang menjual bilik hotel seperti agoda dan booking.com syarikat agency pelancongan juga boleh menjual bilik hotel kepada pelanggan. Harga tak jauh beza. Selalunya syarikat akan dilawati oleh syarikat/pengusaha yang menjual bilik hotel harga "istimewa". Istimewa kerana mereka hanya jual kepada agency pelancongan berdaftar dengan harga yang murah. Syarikat boleh jual dulu bilik hotel dan bayar kemudian.

4.Visa Pelancongan
Syarikat boleh menyediakan perkhidmatan menguruskan visa pelancongan seperti ke China, India dan lain-lain termasuk visa Umrah. Kos adalah bergantung kepada budi bicara syarikat.

5.Meeting Incentive Convention Exhibition (M.I.C.E)
Sama seperti diatas cuma lokasi adalah diluar negara.


LESEN AGEN PENGEMBARAAN

1.Tiket Pesawat
Penjualan tiket penerbangan adalah pendapatan utama bagi pemegang lesen Agen Pengembaraan syarikat travel agency. Travel agent dibenarkan menjual mana-mana tiket penerbangan yang berdaftar dengan sistem GDS yang mereka pilih. Kelebihan travel agent adalah mereka boleh mencari harga tiket yang murah dalam sekelip mata. Tak perlu menyemak harga di setiap airline yang ada. Harga tiket hanya perlu dibayar kepada airline seminggu selepas issue tiket.

2.Tiket Bas/Bot
Tidak banyak syarikat pelancongan yang menjual tiket bas express atau bot kecuali yang beribupejabat di stesen bas atau pengkalan bot. Kurang diminati namun masih berbaloi. 

3.Tiket Cruise/Pelayaran
Tiket cruise selalunya merujuk kepada star cruise. Tiket cruise kebanyakan dijual kepada orang bukan islam. Orang islam jarang menaiki cruise. Ramai yang bertanya tapi jarang yang ambil. Komisen akan dibayar oleh syarikat cruise kepada travel agent. Harga tiket adalah sama seperti yang dipamerkan di laman web cruise.

4.Visa Pelancongan
Dibawah agen pengembaraan travel agent boleh jual visa Australia (ETA). Proses permohonan adalah cepat dan kos adalah minina.

5.Waran Perjalanan Udara Awam (WPUA)
Waran udara adalah tiket penerbangan bagi kakitangan awam untuk urusan rasmi kerajaan. Perlu ada IATA dan mempunyai tiket stock dengan airline untuk buat bisnes ini.

Senarai diatas adalah jenis bisnes yang boleh dibuat dengan lesen yang diperolehi daripada kementerian pelancongan. Untuk menjayakanya perlu marketing strategy yang betul. Semoga berjaya.

Mohd Zailani
Jomkembara Travel & Tours Sdn Bhd
013-2207999

Thursday, 15 October 2015

Panduan Membuka Travel Agensi

Bagaimana nak buka Travel Agensi yang baru?

PERTAMA
Perkara pertama yang perlu dibuat adalah anda perlu membuka syarikat yang berasaskan pelancongan dengan mengunakan nama travel, tour, umrah atau apa-apa istilah yang membawa maksud pelancongan. Penubuhan mesti dibuat dengan menggunakan khidmat Setiausaha Syarikat. Modal berbayar hendaklah tidak kurang dari RM200,000.00. Seelok-eloknya modal berbayar adalah RM300,000.00 dan salah seorang Pengarah mempunyai pengalaman dalam bidang Pelancongan. Kos untuk tubuh syarikat sekitar RM2500 - RM5000.
Mengambil masa 2 minggu hingga sebulan untuk siap.

KEDUA
Setelah tubuh syarikat barulah boleh membuat permohonan dengan Kementerian Pelancongan untuk mendapatkan lesen pelancongan
i) Dalam Negara
ii) Luar Negara ; dan atau
iii) Agen Pegembaraan (Ticketing)

Permulaan permohonan boleh mohon semua bidang tetapi Kementerian selalunya hanya akan meluluskan Lesen Pelancongan Dalam Negara dan Agen Pengembaraan sahaja.

Syarat-syarat permohonan :
(a) Syarikat Sendirian Berhad yang diperbadankan di bawah Akta Syarikat 1965.
(b) Mematuhi syarat modal berbayar diterbitkan dan had ekuiti yang ditetapkan.
(Syarikat yang mempunyai pegangan saham Syarikat Asing dengan ekuiti melebihi
51% tidak dibenarkan memiliki lesen Kenderaan Pelancongan bagi syarikat di
Sabah, Sarawak dan WP Labuan).
(c) Pemegang Saham tidak mempunyai kepentingan (ekuiti saham) di dalam mana-mana
syarikat agensi pelancongan yang berlesen dibawah Akta Industri Pelancongan (AIP)
1992.
(d) Pemegang saham (Syarikat Asing) hendaklah telah beroperasi di negara asal sekurangkurangnya 5 tahun.
(e) Nama syarikat hendaklah melambangkan syarikat yang menjalankan Perniagaan
Pengendalian Pelancongan dan Perniagaan Agensi Pengembaraan (travel, tours, holiday,
vacation, adventure dsb).
(f) Memorandum and Articles of Association atau Borang 11 (Notice of Resolution)
hendaklah menyatakan perniagaan yang dijalankan adalah Perniagaan Pengendalian
Pelancongan dan Perniagaan Agensi Pengembaraan. (” To carry business in Tour Operating Business and Travel Agency Business”). Sila tambah perkataan umrah jika syarikat adalah bumi.
(g) Bebas daripada kompaun di bawah Akta Industri Pelancongan (AIP) 1992 atau
Akta Pelesenan Kenderaan Pelancongan (APKP) 1999 (Sabah, Sarawak dan WP
Labuan).


2. Dokumen yang diperlukan:
(a) Memorandum and Articles of Association (MAA).
(b) Borang 9 (Certificate of Incorporation of Private Company).
(c) Borang 11 (Notice of Resolution) – jika berkenaan.
(d) Borang 13 (Certificate of Incorporation on Change of Name of Company) – jika
berkenaan.
(e) Borang 24 (Returned of Allotment of Shares).
(f) Borang 32A (Form of Transfer of Securities) – jika berkenaan
(g) Borang 44 (Notice of Situation of Registered Office and Office Hours and Particulars of Changes).
(h) Borang 49 (Return Giving Particulars in Register of Directors, Managers and Change of Particulars).
(i) MyKad (Warganegara Malaysia) / Pasport (Bukan Warganegara Malaysia) bagi Pemegang Saham dan Ahli Lembaga Pengarah.
(j) Bukti Pengalaman Kerja :
Dokumen sokongan / Surat pengesahan pengalaman kerja daripada
majikan terdahulu atau majikan semasa bagi Pemegang Saham, Ahli Lembaga
Pengarah dan kakitangan dan Biodata (resume);
Borang 24, Borang 49 atau Pendaftaran syarikat berkaitan jika Lembaga
Pengarah dan Pemegang Saham adalah Pemilik atau Pengarah di syarikat
perniagaan lain; dan
MAA, Borang 24, Borang 49 dan Profil syarikat jika Pemegang Saham adalah
syarikat.
(k) Salinan Perakuan Pendaftaran Syarikat dan lesen syarikat bagi Pemegang
Saham/ekuiti Syarikat Asing. Salinan dokumen tersebut hendaklah disahkan oleh
Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia (Tourism Malaysia) atau Kedutaan
Malaysia atau Pejabat Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di negara berkenaan.
(l) Sijil kelayakan akademik berkaitan bidang pelancongan/perniagaan bagi
Pemegang Saham, Ahli Lembaga Pengarah dan kakitangan (jika ada).
(m) Surat hubungan kerjasama perniagaan dengan pengusaha agensi pelancongan luar negara bagi permohonan lesen bidang Outbound.
(n) Deraf cadangan Pakej Pelancongan yang akan ditawarkan bagi permohonan lesen
bidang Inbound / Outbound.
(o) Kertas kerja yang mengandungi perancangan perniagaan, sasaran bilangan kemasukan pelancong ke Malaysia dan pendapatan jangka masa pendek bagi syarikat yang mempunyai Pemegang Saham/ekuiti Syarikat Asing.
(p) Salinan Laporan Penyata Kewangan Tahunan Beraudit Terkini yang telah diserah simpan dan disahkan oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) bagi syarikat yang
pernah berlesen dengan Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia sebelum ini

tetapi lesen telah tamat atau dibatalkan. (Jika berkaitan)


Cara Memohon
Permohonan hendaklah dibuat dengan memasukkan data syarikat kedalam sistem SPIP yang dibina oleh Kementerian Pelancongan. Setelah data dimasukkan dokumen-dokumen yang dinyatakan diatas hendaklah diserahkan di Pejabat Pelancongan Negeri dimana pejabat anda beroperasi. Satu salinan saja diperlukan tapi kalau nak cepat buat dua salinan. Satu hantar ke pejabat pelancongan negeri berserta dengan Bank Draft RM100 dan salinan kedua hantar sendiri ke Kementerian Pelancongan di Putrajaya Bahagian Pelesenan, jangan pos atau kurier.

Permohonan akan mengambil masa 2-3 bulan untuk lulus. Jika lulus Syarikat perlu menyediakan 

(a) Menyediakan premis perniagaan dalam tempoh dua (2) bulan daripada
tarikh surat kelulusan mengikut kriteria-kriteria seperti berikut:
Keperluan keluasan premis tidak kurang dari 300 kps bagi bandar dan 200 kps bagi kawasan luar bandar;
Premis operasi Ibu Pejabat adalah berstruktur dan mempunyai alamat tetap;
Premis tidak berkongsi dengan apa-apa perniagaan selain yang dilesenkan; dan
Premis mestilah di kawasan komersil dan bukan di rumah kediaman.
(b) Mengemukakan dokumen untuk tujuan pemeriksaan premis iaitu :
Salinan perjanjian penyewaan premis (Tenancy Agreement) hendaklah sekurang-kurangnya untuk tempoh satu (1) tahun atau salinan ”Sales & Purchase” (S&P)
jika premis adalah milik syarikat;
Lakaran pelan lantai (floor plan);
Gambar berwarna bahagian dalam & luar premis.
(c) Mengemukakan salinan Sijil Keahlian Persatuan Pelancongan yang diiktiraf
oleh Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia seperti MATTA atau BUMITRA.
(d) Mengemukakan salinan Sijil TTMC:
Sekurang-kurangnya seorang wakil syarikat telah menghadiri kursus Travel and Tour
Management Course (TTMC) yang dianjurkan oleh Institut Latihan Pelancongan (ILP)
yang berlesen dengan KPK. Wakil syarikat adalah seperti berikut:
Ahli Lembaga Pengarah; atau
Kakitangan yang berada diperingkat pengurusan tertinggi syarikat (Contoh: Ketua
Pegawai Eksekutif / Ketua Pegawai Operasi / Pengurus Besar dsb).

NOTA - Kursus TTMC dibuat 2 bulan sekali selama 2 hari dan kos kursus RM750.
(e) Menjelaskan fi lesen:
Setelah menerima surat makluman yang menyatakan premis berkenaan
memenuhi kriteria yang ditetapkan oleh pihak Kementerian.
Telah memenuhi semua syarat yang dikenakan (jika berkenaan).

-Bayaran untuk lesen Inbound dan Ticketing adalah RM450 sahaja

Tambahan - Bagi permohonan yang TIDAK DILULUSKAN
(a) Syarikat boleh mengemukakan rayuan secara online melalui www.spip.gov.my
dalam tempoh 14 hari dari tarikh surat keputusan dikeluarkan;
(b) Mengemukakan dokumen-dokumen berkaitan berdasarkan alasan penolakan
permohonan;
(c) Menjelaskan kompaun (jika ada) bagi kesalahan di bawah AIP 1992 atau APKP
1999 (Sabah, Sarawak dan WP Labuan);
(d) Rayuan hanya boleh dibuat sekali sahaja kerana keputusan rayuan adalah
muktamad dan konklusif. Tiada rayuan atas rayuan boleh dibuat; dan
(e) Sekiranya rayuan ditolak, syarikat boleh mengemukakan permohonan baru secara
online melalui www.spip.gov.my.


Setelah memenuhi kateria di atas pihak Kementerian Pelancongan akan membuat lawatan ke premis anda. Pastikan premis anda betul-betul memenuhi kateria dan mempunyai Sofa, komputer, Meja Komputer, Kerusi untuk pelanggan dan berada di dalam premis perniagaan. Setelah memperolehi stiker barulah syarikat boleh memulakan operasi sebagai sebuah syarikat pengendali pelancongan yang berdaftar dengan Kementerian Pelancongan. Tempoh lesen adalah selama 1 tahun. Bayaran kena buat RM450.


Apabila sampai ke peringkat ini anda telah mengeluarkan wang tidak kurang dari RM12,000 atau mungkin telah mencecah RM15,000.

KETIGA
Setelah dapat lesen Inbound dan Ticketing anda perlu buat 
1.1  Mohon install system ticketing, samada GALILEO atau ABACUS. Saya cadangkan GALILEO kerana senang dan murah.
1.2 Mohon untuk jadi agen ticketing dengan pihak Airasia dan Malindo sebagai regular agent.
NOTA - Ambik masa sebulan untuk settle dan dapatkan salinan subscriber agreement. 
         - Lulus- Anda boleh mula menjual tiket MAS, Airasia, Malindo atau mana-mana pesawat.

2.Setelah ada system ticketing DAN telah menghadir kursus ticketing Mohon lesen kewangan sebagai agen pengembaraan dengan bahagian Eperolehan.
-Perlu mempunyai 5 orang pekerja yang berdaftar dengan KWSP untuk memohon
-Bahagian kewangan akan membuat lawatan premis sebelum memberi lesen kewangan.

NOTA - Ambik masa satu hingga satu setengah bulan untuk settle
         - Lulus - Anda boleh membuat Local Order dengan pihak kementerian atau jabatan kerajaan.

3. Setelah dapat Lesen Kewangan mohon pula status BUMIPUTERA (jika berkaitan)
Tiada lawatan premis. Kelulusan ambik masa 2 - 3 minggu.

4. "Pelancongan Dalam Negara" juga membolehkan anda memohon untuk kereta sewa dan bas persiaran. Sekiranya berminat boleh mohon dengan SPAD. Pembiayaan untuk Kenderaan Pelancongan boleh dibuat dengan SME Bank. Mereka bagi 100% pinjaman tak payah keluar duit apa-apa (kalau lulus). Kalau tak lulus boleh guna baki modal yang ada untk beli kenderaan.

KEEMPAT
Setelah beroperasi 6 bulan dari tarikh kelulusan (digalakkan setahun) bolehlah memohon lesen tambah bidang iaitu Pelancongan Luar Negara (Outbound)

Dokumen yang diperlukan:
(a) Salinan Laporan Penyata Kewangan Tahunan Beraudit Terkini yang telah diserah
simpan dan disahkan oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM). Pastikan Auditor Report atau Management Report jika kurang setahun tidak menunjukan rugi, untung RM1 pun takpe.
(b) Deraf Cadangan Pakej Pelancongan yang akan ditawarkan bagi permohonan lesen
bidang Inbound / Outbound.
(c) Surat Hubungan Kerjasama perniagaan dengan pengusaha agensi pelancongan luar
negara bagi permohonan lesen bidang Outbound.


Cara Mohon - masukkan maklumat dalam sistem SPIP dan bayar wang proses RM100 di pejabat pelancongan negeri. Ambil masa 3 bulan untuk proses. 

Jika lulus (Selalunya LULUS) pemeriksaan premis akan dibuat oleh Kementerian Pelancongan. Stiker perniagaan baru akan diberikan dalam tempoh satu atau dua hari bekerja setelah membayar RM500.

TAHNIAH anda telah memperolehi lesen penuh Kementerian Pelancongan. Anda boleh membuat pelancongan keluar negara termasuk UMRAH.

Sehingga ke tahap ini anda perlu habiskan wang antara RM20,000 - RM30,000. Saya sendiri keluarkan kos dalam RM28,000 untuk sampai ke peringkat lesen penuh termasuk penyediaan premis, upah company secretary, upah Auditor, kos permohonan lesen, membuat website dan sistem accounting travel agent tanpa mengupah mana-mana consultant.

KELIMA
AHLI International Association of Travel Agent (IATA)
Untuk menjadi ahli IATA anda perlu 

Sediakan Dokumen berikut
-salinan lesen Pelancongan;
-Borang syarikat yang disahkan oleh Company secretary;
-Sijil ticketing untuk 2 orang pekerja;
-Gambar premis;
-Laporan Audit Terkini yang disahkan;
-mempunyai modal berbayar RM300,000.00;
-Laporan jualan pesawat selama setahun; dan
-bayaran proses USD1693.

Cara Memohon
-sediakan dokumen diatas kecuali bayaran hantar kepada pejabat IATA di Singapura. Kurier jer.
-IATA akan maklumkan kepada anda penerimaan. 
-Seminggu selepas penerimaan IATA akan minta anda bayar USD1693 sebagai bayaran proses. Bayar guna kredit kad jangan buat bank transfer atau cara lain.
-Seminggu selepas bayaran IATA akan hantar anda agreement yang perlu ditandatangani di hadapan Notary Public.
-dua minggu selepas dokumen dihantar IATA akan minta anda buat SWIFT Bank Guarantee berjumlah tidak kurang dari RM60,000 (bergantung kepada jumlah sales tahunan anda). Anda perlu deposit RM60,000 tu dengan pihak bank dan wang tersebut hanya boleh dikeluarkan bila dah tutup syarikat. Untuk buat swift Bank Guarantee nih pihak bank akan caj dalam RM2300 dan mengambil masa satu bulan. Pihak IATA bagi tempoh 20 hari sahaja. Pandai-pandai la korang kawtim dengan pihak bank.
ATAU
Anda boleh  buat Insurance Guarantee. Masa yang diambil untuk buat insurance guarantee adalah cepat dan kos hampir sama dengan Bank Guarantee. Kebaikannya anda tak perlu sediakan wang RM60,000 untuk dapat lesen IATA.

-Dua minggu selepas anda membayar atau selesai membuat bank guarantee atau Insurance Guarantee,  IATA akan memberi pengesahan keahlian.

NOTA - Bermula 1/9/2016 permohonan IATA adalah secara online. Hati-hati jangan ada sebarang kesilapan dalam permohonan IATA. Semak betul-betul. Jika ada IATA hanya akan maklumkan selepas bayaran dibuat. USD534 adalah hangus (sebagai bayaran proses) dan Untuk mohon semula anda hanya diberi masa 30 hari untuk betulkan dokumen dan perlu tambah USD534 sebagai permohonan semula.

TAHNIAH syarikat anda telah diiktiraf sebagai ahli IATA. Syarikat anda kini boleh mohon untuk dapatkan tiket stock dan print tiket atau issue tiket penerbangan bagi pihak Airline.
Apa perbezaannya.
Tiada tiket stock (Bahagian Kedua atas)
Syarikat kena call airline dan cakap "Saya nak request tiket, boleh semak dalam sistem ada tiket ke tak?"
Ada Tiket Stock (Ahli IATA)
Syarikat kena call airline dan cakap " Saya dah issue tiket kepada ...... boleh semak dalam sistem awak ada tak?"

Setakat ini anda boleh lihat bahawa anda telah keluarkan kos dalam RM100,000 untuk sampai ke tahap ini dan ianya mengambil masa setahun lebih.

KEENAM
Lesen Khas Pengelola Umrah
Lesen Khas ini dibawah Majlis Kawal Selia Umrah yang dikendalikan oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Islam yang akan mengambil alih pengurusan lesen UMRAH pada 30/06/2016. Selepas 31/12/2017 syarikat yang tiada lesen khas tidak lagi dibenarkan menjual pakej umrah. Untuk mohon lesen ini syarikat mestilah

1. Ada Indemnity Insurance (Kos dalam RM3000 setahun)
2. Ada lesen outbound
3. ada perjanjian dengan syarikat muasasah di arab saudi untuk menjadi agen umrah di Malaysia (Muasasah Agreement) atau ada menandatangani perjanjian dengan syarikat Pelancongan di Malaysia yang mempunyai status muassasah.
4. menghadiri kursus pemantapan umrah dengan Institut Baitulmal (Kos RM800)



Dokumen lengkap, Permohonan mengambil masa 7 hari sahaja.

TAHNIAH syarikat anda kini boleh menjadi pengelola pakej umrah di Malaysia. Syarikat anda telah mempunyai lesen penuh dan lesen khas Umrah dari kementerian Pelancongan.


KETUJUH - VISA UMRAH
Syarikat atau agensi pelancongan di Malaysia yang mengendalikan unrah boleh buat perjanjian dengan Muassasah Arab Saudi untuk memproses visa umrah. Prosedur untuk memohon kebenaran membuat visa umrah

1. Dapat Tiga (3) salinan terjemahan lesen KPL ke bahasa arab dengan Institut Terjemahan Bahasa Negara (ambil masa seminggu)
2. Hantar Tiga (3) salinan asal perjanjian muassassah yang telah ditandatangani kepada kementerian pelancongan negeri untuk dapatkan surat pengesahan. (ambil masa 2 minggu)
3. Buat Tiga (3) salinan diakui sah salinan passport pemilik syarikat, Lesen IATA terkini dan dokumen syarikat dengan Notary Public
4. Dapatkan cop pengesahan untuk semua dokumen di atas dengan wisma putra
5. Hantar dokumen diatas kepada Kedutaan Saudi di Kuala Lumpur. Penghantaran hendaklah dibuat melalui agen yang di lantik oleh kedutaan tak boleh hantar sendiri.

Kos untuk proses diatas adalah dalam RM3000 mengambil masa sebulan untuk siap dan perlu dibuat setiap tahun untuk renew.

Selepas kedutaan endors dokumen hantar kepada muassasah untuk diproses di Kementerian Haji Arab Saudi dan perlu membuat Bank Guarantee berjumlah SAR200,000.
Bila dah OK muasassah akan bagi User ID untuk access sistem visa. Muassassah akan caj dalam SAR150 untuk setiap jemaah. Perlu bayar kepada muassassah sebulan sekali (bayaran secara lump sum).
Tahniah syarikat anda dah boleh proses visa untuk jemaah umrah. 

Setakat ini anda boleh lihat anda telah mengeluarkan kos RM250,000 dan memerlukan tempoh 2 tahun untuk sampai ke tahap ini.

SURVIVAL TIPS - Syarat utama untuk membuka travel agensi.
Tiada yang lebih utama dari niat. Jika niat anda nak buka travel agent adalah untuk menjual pakej pelancongan atau umrah kepada kawan-kawan dan saudara mara, saya nasihatkan lupakanlah saja niat murni anda itu. Sahabat dan saudara mara tidak akan mengambil pakej pelancongan dengan kita. Jika niat nak jual pakej pelancongan kepada orang yang tidak dikenali atau pihak ketiga, teruskan...anda pasti berjaya.



Sekiranya anda tidak faham atau ingin bertanya berkenaan cara untuk memohon lesen pelancongan boleh hubungi saya Mohd Zailani 013-2207999.