Thursday, 19 May 2016

Lesen Tambah Cawangan

Sebuah Syarikat pelancongan berdaftar dibenarkan membuka cawangan. Bilangan atau jumlah cawangan yang boleh dibuka tidak dinyatakan. Boleh buka seberapa banyak pejabat cawangan yang sesuai.

CARA MOHON
Permohonan adalah senang dan murah sahaja. Pertama sekali data tentang pejabat cawangan hendaklah dimasukkan ke dalam sistem SPIP kementerian pelancongan. Mesti masukkan
1-Alamat cawangan (mesti kawasan komersil)
2-No telefon pejabat cawangan (kalau tak ade no HP pun bolehlah)
3-No fax pejabat cawangan (kalau tak ade jugak letak jer no fax HQ)
4-Luas pejabat cawangan (tak boleh kurang dari 150kps di kawasan komersil atau tiada luas di hentian bas); dan
5-Upload audit report/penyata kewangan (jangan upload audit report yang menunjukkan RUGI)

Selepas masukkan data hantar satu salinan Audit Report, Borang permohonan yang diakui sumpah dan bank draft RM50 ke Kementerian pelancongan negeri di mana HQ terletak. Kalau Pejabat cawangan di Kuala Lumpur dan Pejabat HQ terletak di selangor maka hantar borang permohonan ke Kementerian Pelancongan Selangor.

Kelulusan bersyarat akan dikeluarkan oleh Pejabat Pelancongan Putrajaya dalam tempoh sebulan.

Setelah dapat kelulusan bersyarat hantar dokumen berikut ke Pejabat Pelancongan Negeri
1-Lakaran Pelan lantai pejabat cawangan
2-Gambar dalam dan luar premis
3-Salinan audit report.

Kementerian Pelancongan Negeri akan mengarahkan Kementerian Pelancongan Negeri di mana Pejabat cawangan terletak untuk membuat pemeriksaan premis. Sekiranya HQ dan cawangan berlainan negeri mungkin ambik masa sebulan dua untuk lawatan premis.

Setelah lawatan/pemeriksaan premis dibuat oleh Kementerian Pelancongan Negeri dimana cawangan terletak mereka akan menghantar pengesahan kepada Kementerian Pelancongan dimana HQ terletak untuk diberikan lesen cawangan. Semasa hendak ambil lesen cawangan kena sediakan bank draft RM750 untuk lesen IOT selama 3 tahun. Bayaran tak sama bergantung atas jenis lesen syarikat.

MASA
Masa yang diambil untuk dapatkan lesen cawangan adalah antara 3-6 bulan bergantung keadaan.

JENIS LESEN
Jenis lesen adalah berkonsepkan "Bapak Borek Anak Rintik". Sekiranya HQ ada lesen penuh IOT maka cawangan juga akan ada lesen IOT. Sekiranya HQ hanya ada lesen Inbound maka cawangan juga akan hanya ada lesen Inbound.

KOS
Kos untuk mohon lesen cawangan adalah tidak lebih dari RM1000 termasuk minyak kereta dan bil telefon untuk follow up dengan Kementerian.

PERMOHONAN GAGAL/DITOLAK
Permohonan gagal boleh disebabkan audit report menunjukkan syarikat mengalami kerugian atau keluasan pejabat cawangan tidak mencukupi. Sekiranya tak cukup luas cari pejabat baru yang cukup luas. Sekiranya audit report menunjukkan rugi MASALAH BESAR. Pastikan untung jangan rugi.

Mohd Zailani
Jomkembara Travel & Tours Sdn Bhd
013-2207999